Sayu.. Lantai rumah warga emas roboh Ketika wakil rakyat Umno Masuk Rumah

loading...


BATU PAHAT, 3 April — Ahli parlimen Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad tergamam apabila rumah yang dikunjunginya semalam roboh dan beberapa sukarelawan jatuh ke tanah.

Kejadian itu berlaku semasa majlis penyerahan bantuan sempena Kembara Kebajikan 1Malaysia (KK1M) kepada pemilik rumah berkenaan Rahmah Darlan, 74.

“Ketika kejadian, saya baru hendak menyerahkan bantuan dan sumbangan kepada Rahmah.

“Namun mungkin kerana ramai tetamu yang mahu menyaksikan penyerahan berkenaan menyebabkan lantai rumahnya tidak dapat menampung jumlah orang yang ramai.

“Tiba-tiba sahaja bunyi seakan kayu patah disusuli lantai rumah Rahmah rebah ke tanah menyebabkan kebanyakan tetamu mengelongsor ke bawah rumah,” kata Noraini seperti dilaporkan Berita Harian.

Datuk Noraini Ahmad (dua dari kanan) berbual dengan warga emas Rahmah Darlan (kiri) ketika menghulurkan bantuan semalam. — Foto ehsan Facebook/Noraini Ahmad

Bekas ketua puteri Umno berkata walaupun ramai yang menggelongsor ke tanah namun beliau masih sempat memeluk Rahmah bagi mengelakkan kejadian buruk berlaku.

Katanya, kejadian berlaku selepas sukarelawan KK1M selesai bergotong-royong membersihkan kawasan rumah Rahmah.

Kejadian awal pagi di Kampung Parit Haji Khalid, Sri Medan menyebabkan beberapa sukarelawan jatuh terduduk di atas lantai, selain ada yang terhantuk papan rumah.

Tiada kecederaan dilaporkan dan sumbangan kepada Rahmah tetap diteruskan di halaman rumahnya.


loading...

0 Response to "Sayu.. Lantai rumah warga emas roboh Ketika wakil rakyat Umno Masuk Rumah"

Post a Comment