Cara Untuk Membeli Rumah Cash Dalam Masa 5 Tahun Dari Sekarang CEO Bella Amara

loading...


[Nasihat Saya Untuk Belia Jangan Beli Rumah Sekarang, Beli Lagi 5 Tahun Akan Datang CASH!|
"Biarlah kita menyewa bilik sekarang, janji dapat beli rumah cash dalam masa 5 tahun, dari beli rumah loan sekarang dan membayarnya selama 30 tahun (itupun kalau masih mampu bayar)”
Persoalanya bagaimana?


Pernah tak kita kembali kepada sejarah? Tidak perlu jauh beratus tahun, cuma imbau kembali 30-40 tahun lepas dimana hanya atok kita sahaja yang bekerja (nenek tidak bekerja) tetapi mampu mempunyai rumah dan kereta sendiri yang habis dibayar. Kita ditahun 2016 ini bagaimana? Suami kerja, isteri kerja masih tidak mampu mempunyai rumah sendiri dan kereta sendiri (yang habis dibayar) dan ditambahkan pula dengan ekonomi sendiri yang mencengkam hidup. Bayangkan lagi 30 tahun di hadapan, tahun 2046. Adakah rumah yang kita beli loan sekarang kita akan mampu bayar sehingga tahun tersebut selama 30 tahun? Kemungkinan rumah yang anda beli loan sekarang akan dibiyayai oleh anak-anak anda ataupun apabila anda sendiri tidak mampu membayar bulan-bulan ke bank, bank akan lelong rumah anda tersebut kerana rumah tersebut adalah milik bank, bukan milik anda. Solusinya bagaimana? Disebabkan itu saya menggalakkan kita membeli rumah cash. Bagaimana persoalanya?

“Sentiasa ingat, rumah loan adalah bukan ‘aset’ anda, tetapi ianya ‘aset’ bank”
Sebagai contoh kira-kira. Bayangkan rumah yang anda ingin membeli sekarang harganya RM300K. Deposit (10%) yang harus bayar kepada bank adalah dalam RM30K dan bulan-bulan anda kena bayar around RM1k kepada bank selama 30 tahun. Sebenarnya, dari RM30K anda bayarkan deposit kepada bank, lebih baik duit tersebut anda buat perniagaan yang menggunkan modal kecil RM1K-RM2K sahaja. Anda mempunyai RM28K lebih untuk back-up perniagaan anda (promosi and etc). Ataupun anda lakukan perniagaan tanpa modal (anda boleh simpan RM30K anda itu) seperti menjual produk-produk orang lain yang laris di pasaran dengan menjadi dropship/personal shopper, agent & stokis. Percayalah, saya sudah berjumpa ramai stokis-stokis berjaya yang hanya menjual barangan orang lain dan mendapat keuntungan beratus ribu sebulan. Ada juga yang sampai terpaksa register GST. Bayangkan jumlah pendapatan mereka? Tidak logikkah dalam masa 5 tahun dia mampu membeli rumah berharga jutaan ringgit secara cash? Tiada yang mustahil sekiranya anda mahu, ianya menjadi mustahil sekiranya anda berdolak-dalih.

Jika anda rasa penulisan saya ini memberi kesedaran dan manfaat kepada anda, haruslah di “kongsikan” bersama orang lain agar ianya tersebar luas dan dapat manfaat bersama. Dipersilakan SHARE & TAG RAKAN ANDA di ruangan di bawah. Moga Allah merahmati perjuangan kita.
Muhammad Khalif Samsudin/ Carl Samsudin
(President Bella Ammara)

loading...

0 Response to "Cara Untuk Membeli Rumah Cash Dalam Masa 5 Tahun Dari Sekarang CEO Bella Amara"

Post a Comment