Tujuh kanak-kanak berbasikal tengah malam maut dilanggar kereta

loading...


 

TUJUH orang kanak-kanak yang dibiarkan berbasikal selepas lewat tengah malam tadi di sekitar bandar Johor Bahru dikatakan maut selepas dirempuh oleh sebuah kenderaan yang didakwa dipandu seorang wanita.

Kejadian didakwa berlaku berhampiran stesen minyak Petronas bersebelahan dengan Kawasan Perkuburan Mahmoodiah, Johor Baharu.



Gambar dan video rakaman kejadian kanak-kanak penunggang basikal tersebut tersebar di media sosial apabila ia mula dikongsikan oleh netizen melalui pelbagai group di facebook.

"Al Fatihah, berlaku kemalangan berhampiran Petronas dekat perkuburan Mahmoodiah, perempuan langgar budak-budak main basikal. Aku sempat kira ada 7 orang budak lelaki yang mati ya Allah tak sampai hati nak tengok, ada yang tengah nazak, baru berlaku dalam 15 minit lepas," dakwa Mohd Akim yang berada di tempat kejadian.



Rata-rata orang ramai memberikan reaksi spontan menyalahkan ibu bapa kumpulan kanak-kanak terbabit kerana membiarkan anak-anak mereka berkeliaran bermain basikal di bandar selepas lewat tengah malam.



"Kepada mana-mana ibu bapa yang mempunyai anak yang kerap main basikal di waktu malam dan masih belum ada khabar berita mengenai anak anda sejak malam tadi, sila pergi ke balai polis berdekatan atau pun Hospital Sultanah Aminah," tulis seorang lagi pengguna facebook.




Update:

Lapan Maut Empat Lagi Parah

03:30 18/02/17 — JOHOR BAHRU, Laporan awal kemalangan melibatkan sebuah kereta merempuh sekumpulan remaja berbasikal di Jalan Lingkaran Dalam menghala ke Dataran Bandaraya Johor Bahru bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah.

Sebuah kereta jenis Nissan Almera dipandu seorang wanita, datang dari arah Petronas Lingkaran Dalam merempuh sekumpulan remaja berbasikal yang berada di bahu jalan.

Enam orang maut di tempat kejadian manakala 6 orang lagi dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan 2 remaja telah meninggal dunia semasa dikejarkan ke Hospital dan 4 lagi cedera parah.

Kesemua mangsa yang maut telah dihantar ke Bilik Mayat (HSA) untuk bedah siasat. Manakala wanita tersebut telah ditahan oleh Pihak Polis untuk soal siasat.
Update:

Kumpulan remaja tersebut dilaporkan dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta ketika sedang berlumba

BACA — Remaja berbasikal saling berlumba sebelum maut dirempuh kereta

Maklumat lanjut akan menyusul

loading...

0 Response to "Tujuh kanak-kanak berbasikal tengah malam maut dilanggar kereta"

Post a Comment