Dilema Golongan Pertengahan : Berduit Tetapi Tidak Berharta

loading...


Situasi ada duit tetapi tidak berharta ini sering berlaku terhadap golongan pertengahan.

Lebih dikenali sebagai golongan middle-class.

Berdasarkan data Jabatan Statistik untuk tahun 2012, golongan middle-class ini kita boleh sebut mereka yang :


  • Memperoleh pendapatan isi rumah sekurang-kurangnya RM 4,300, atau,
  • Jika di bandar, pendapatan isi rumah sekurang-kurangnya RM 5,100, atau,
  • Jika di luar bandar, pendapatan isi rumah sekurang-kurangnya RM 2,800.
  • Situasi ini berlaku kerana mereka tidak ada kemahiran melaburkan duit mereka. Mereka tidak dapat membezakan duit yang keluar sebab berbelanja dan juga duit yang keluar sebab melabur.

.

Duit tunai yang ada di tangan habis untuk perkara-perkara berikut, antaranya:



  • Membeli kereta
  • Renovasi rumah
  • Melancong ke luar negara.
  • Membeli gajet seperti telefon pintar & tablet.
  • Menghabiskan masa di pusat membeli belah
  • Apabila duit tunai habis untuk berbelanja perkara seperti di atas, maka mereka tidak dapat menikmati return on investment (ROI) kerana ia bukan aktiviti membeli harta. Harta, apabila kita beli dapat menghasilkan ROI.


Mereka juga fokus untuk naik pangkat seterusnya memperoleh pendapatan atau gaji yang lebih tinggi. Malangnya, apabila apabila pendapatan naik, gaya hidup juga turut berubah. Dari kereta Proton baru (hutang) upgrade ke Honda baru (hutang juga). Ini menyebabkan perbelanjaan sentiasa bertambah, akhirnya tidak ada duit untuk membeli harta.
.

Golongan middle-class hidup selesa. Jauh lebih baik dari hidup miskin. Tetapi secara realitinya mereka adalah golongan yang paling tertekan akibat beban cukai, hutang isi rumah yang tinggi dan tidak layak menerima apa-apa bantuan kerajaan. Seumpama burger McDonald’s yang cantik di iklan tetapi bila dah beli, burger tersebut penyet.

Langkah-langkah untuk keluar dari situasi ini adalah:


  • Berbelanja kurang dari pendapatan
  • Simpan duit lepas dapat gaji
  • Elakkan hutang yang tak perlu
  • Melabur secara kecil-kecilan
  • Keuntungan dari pelaburan dilaburkan semula.
loading...

0 Response to "Dilema Golongan Pertengahan : Berduit Tetapi Tidak Berharta"

Post a Comment