Derita Angkara Ubat Yang Merosakkan Buah Pinggang

loading...

Ada Apa Dengan Ubat
Tak kenal maka tak tahu. Tak kenal maka tak cinta. Kenalilah Ubat Anda :)

Ubat Yang Merosakkan Buah Pinggang

Saya rasa tajuk kali ni pun agak hot jugak. Saya jumpa banyak pesakit yang takut nak makan ubat sebab diorang takut nanti ubat tu rosakkan buah pinggang diorang. Antara ubat-ubat yang sering kali 'dituduh' merosakkan buah pinggang ialah ubat kencing manis, ubat darah tinggi dan paracetamol (a.k.a. Panadol).

Benar, memang ada ubat yang merosakkan buah pinggang. Tapi selalunya kerosakan buah pinggang bukan disebabkan oleh ubat, tapi disebabkan oleh penyakit-penyakit lain yang dihidapi oleh pesakit.

Penyebab utama kerosakan biah pinggang di US. 


Sumber: National Kidney and Urologic Diseases Information Clearinghouse  
Pertama sekali, anda semua mesti ingat ini: Penyakit darah tinggi dan kencing manis adalah 2 faktor utama kerosakan buah pinggang. So, sebenarnya, orang yang makan ubat darah tinggi dan ubat kencing manis rosak buah pinggang bukan sebab ubat, tapi selalunya disebabkan oleh penyakit itu sendiri.

Darah tinggi dan buah pinggang

Secara amnya, tekanan darah yang normal ialah lebih kurang 120/80 mmHg. Kalau tekanan darah terlalu tinggi, salur darah kita akan mudah rosak. Tekanan yang tinggi menyebabkan dinding salur darah kita macam ditolak-tolak dari dalam (bayangkan kita menolak-nolak belon dari dalam), menyebabkan lama kelamaan ianya rosak.

Dalam buah pinggang kita ada banyak salur darah, sebab darah lah yang membawa sisa-sisa perkumuhan badan yang mahu dibuang keluar di dalam air kencing. Apabila tekanan darah terlalu tinggi, salur darah di dalam buah pinggang kita juga akan rosak.

Apabila salur darah di buah pinggang sudah rosak, sisa-sisa perkumuhan badan dan air berlebihan tidak dapat dibuang daripada badan. Akhirnya, sisa-sisa ini akan berkumpul dalam badan dan membahayan kesihatan. Inilah yang dikatakan buah pinggang rosak.

Biasanya, fungsi buah pinggang akan diukur dengan creatinine. Jika creatinine tinggi, ini mungkin bermakna buah pinggang sudah mula rosak dan tidak membuang creatinine dari badan dengan efisyen, sehingga menyebabkan ianya berkumpul dalam badan. Tetapi ada beberapa sebab lain yang juga boleh menaikkan creatinine.
Kencing manis dan buah pinggang

Mengikut statistik, kencing manis adalah penyebab utama kerosakan buah pinggang di US. (Sumber: National Institute of Health, US). Korang boleh tengok carta pai di atas.

Kandungan gula yang tinggi dalam darah boleh merosakkan pelbagai organ dalam badan, merosakkan saraf, melambatkan penyembuhan luka, dan mudah mendapat jangkitan kuman.

Antara organ yang rosak ialah buah pinggang. Kandungan gula yang tinggi menyebabkan buah pinggang menjadi 'bocor'. Protein albumin yang sepatutnya tidak di buang oleh buah pinggang akan mula masuk ke dalam air kencing.

Akibat kerosakan buah pinggang, lama kelamaan fungsi buah pinggang sebagai 'penapis' akan berkurang. Sisa-sisa perkumuhan badan tidak lagi dibuang, dan akan membahayakan kesihatan. 

Ubat dan Buah Pinggang

Buah pinggang yang sudah rosak tidak dapat membuang sesetengah ubat dan menyebabkan ubat ini berkumpul di dalam badan. Sebab itulah pesakit yang menghadapi kerosakan buah pinggang mungkin tidak boleh mengambil ubat dalam dos yang normal, dan kebanyakannya perlu dikurangkan dos ubat.

Ada juga ubat yang boleh menyebabkan Acute Kidney Injury atau AKI (kerosakan buah pinggang secara tiba-tiba), antaranya ialah:
Sesetengah antibiotik: Vancomycin, amikacin, gentamicin. Biasanya di hospital kerajaan sampel darah akan di ambil untuk memeriksa kandungan ubat-ubat ini dalam badan bagi memastikan pesakit selamat
Ubat chemotherapy untuk pesakit kanser: cisplatin, caroplatin, methotrexate
Ubat untuk pesakit HIV: indinavir, ritonavir
NSAIDs (ubat tahan sakit): seperti ibuprofen, naproxen, diclofenac
Ubat darah tinggi jenis ACE inhibitors (perindopril, captopril, enalapril, etc) dan angiotensin recepor blocker (losartan, valsartan, irbesartan, etc)
TETAPI. Anda perlu ingat tak semua orang akan dapat kerosakan buah pinggang dengan penggunaan ubat-ubat ini. Contohnya, AKI akibat ubat darah tinggi jenis ACE inhibitor hanya berlaku kepada pesakit yang ada masalah renal artery stenosis, di mana arteri pada buah pinggang menjadi sempit. Kebanyakan pesakit lain tiada masalah untuk mengambil ubat ini.

Anda juga mesti ingat bahawa penggunaan ubat tradisional dan produk supplemen yang dikatakan '100% natural & safe' juga berpotensi menyebabkan kerosakan buah pinggang. Berikut adalah contoh-contoh produk herba tradisional dan supplemen yang bolek merosakkan buah pinggang:

GuanMu Tong, sejenis herba cina yang mengandungi aristolochic acid, terkenal sebagai herba yang boleh merosakkan buah pinggang, sehingga terdapat kes kematian. (Sumber: PubMed)
Ada juga jus minuman kesihatan - Noni juice - mengandungi kandungan kalium yang terlalu tinggi sehingga tidak selamat diminum oleh orang yang mempunyai masalah buah pinggang, (Sumber: Swiss Medical Weekly)
Yohimbine, sejenis ubat tradisional yang berfungsi lebih kurang sama dengan tongkat ali, juga dikatakan boleh merosakkan buah pinggang jika di ambil berterusan. (Sumber: Swiss Medical Weekly)

Kesimpulannya, kita harus jaga kesihatan kita untuk mengelakkan kita mengalami kerosakan buah pinggang. Pastikan anda tahu apakah target tekanan darah dan gula anda. Kita juga harus berhati-hati dalam mengambil apa jua ubat atau produk kesihatan lain dan perlu mengetahui status keselamatan produk tersebut sebelum mula mengambilnya.
loading...

0 Response to "Derita Angkara Ubat Yang Merosakkan Buah Pinggang"

Post a Comment