Proton Persona Rosak : Akhirnya Aku Dapat Mengalahkan Proton di Mahkamah

loading...


Akhirnya aku dapat tewaskan P.R.O.T.O.N atas Kesalahan Penahanan Kereta Secara salah. Pada permulaan kes aku hanya menuntut hak sebagai pengguna yang mana kereta Persona yang aku beli mengalami kerosakan yang besar yang pada aku sangat membahayakan nyawa aku & keluarga. 


Sebanyak 7 kali Lost Power, pelbagai spare part telah di ganti. Proton juga telah memberi jaminan bahawa masalah tidak akan berlaku lagi selepas ujikaji terakhir yang mereka buat dengan memanjangkan tempoh jaminan 2+1. Walaubagaimanapun belum masuk waranti baru, masalah lost power berulang lagi. 

Aku menjadi fobia yang mana sebelum ini hampir meragut nyawaku ketika bertugas di Port Klang semasa berkhidmat dengan Seri Melur Smeat. Ini soal nyawa, bukan boleh main-main. Saman telah kemukakan setelah pihak Proton enggan mengeluarkan surat jaminan seperti mana sebelum itu. Kereta masih di dalam warehouse... tapi Proton buat bodoh je tanpa update sebarang status. Tiada Surat menyurat diutuskan.

Aku gagal menuntut hak aku sebagai pengguna masa tu... Tak tahu mana silapnya. Yang pastinya kewujudan surat tuntutan cas storage PROTON memeranjatkan aku. Aku langsung tidak menerima surat itu. 


Yang menjadi kemuskilan aku, "Pos Biasa" diterima di mahkamah tanpa bukti penerimaan. Masa tu aku fikir aku cukup terinaya. Dahlah tak dapat hak sebagai pengguna, aku di cas RM50 sehari selama kereta Persona tu di dalam warehouse... bayangkanlah berapa lama kes ini berjalan. Subhanallah... Belum lagi mahkamah putuskan total keseluruhan, semua akaun bank aku kena FREEZE termasuklah akaun syarikat. Masa tu aku rasa aku dah "Mati"...... 

Aku juga turut meminta bantuan Adun Kota Damansara, YB Hajah Halimaton Saadiah Bohan pada masa itu. Pada masa itu PROTON masih di bawah TUN M. Walaupun takde respon daripada pihak PROTON, Aku terhutang budi padanya atas usahanya itu. Terima Kasih banyak2 YB. 

Yang lain tiada kelibat pun untuk membantu. Dalam masa yang sama Emak aku jatuh sakit. Walaupun aku dilanda masalah yang besar, syukur aku tunaikan tanggungjawab aku sebagai anak menjaga kebajikannya sehingga akhir hayatnya. Pemergiannya satu kejutan bagi ku... Dalam kes PROTON ni, arwah hanya tahu kes dah selesai dengan kehadiran Toyota Wish aku. Pada hal hasil titik peluhku. Aku tak nak mak aku susah hati.... Aku nak mak aku happy dan bahagia, biarlah kami selesaikan masalah kami. Cukuplah arwah bersusah payah membesarkanku. Subhanallah, ujian demi ujian aku tempohi. Demi anak2 aku perlu bangun... demi anak2 aku perlu kuat. 

Siang, malam berdoa semoga Allah memberi kekuatan padaku. Mujurlah suamiku Fazeli Bin Hashim pembakar semangatku. Bayangkan akaun bank semua dah freeze, macam mana aku nak rolling business? macam mana aku nak membesarkan anak2. Kami tak penah susahkan adik beradik.... kami tak pernah susahkan sahabat & kawan2 kami. Bermodalkan apa yang ada masa itu, lunas juga hidupku. Walaupun kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Alhamdulillah kuasa Allah.

Aku meneruskan perjuangan aku dengan bantuan Tetuan AZREEN ADIN SHAH, MIRZA & RAZIF bersama Tuan Mohd Razif Mansor apabila P.R.O.T.O.N menahan kereta aku secara salah. Memang dari mula kes aku gunakan khidmat guaman beliau. Mungkin PROTON nak tunjuk ego dia... Yelah Gergasilah kan... Setelah proses mahkamah, Tuan Hakim memutuskan kemenangan buatku. Alhamdulillah... syukur pada Allah. Mungkin inilah hadiah pengorbananku buat ibuku... Semoga Mak Damai Disana.... Terima kasih Ya Allah...


#TQVM#YBHajahHalimatonSaadiah#

#TQVM#TetuanAzreenAdin,Mirza&Razif#
#TQVM#TuanMohdRazifMansor#
#TQVM#FazeliHashim#
#TQVM#Sahabat2ku#
Sumber : Teh Jamilah
*Pakat Like & Share Ye kawan2, Supaya Membawa Teladan pada yang diluar sana.

loading...

0 Response to "Proton Persona Rosak : Akhirnya Aku Dapat Mengalahkan Proton di Mahkamah"

Post a Comment