loading...
SHAH ALAM, 30 SEPT: Perniagaan Nasi Lemak Anak Dara yang menjadi viral dan dikenakan kompaun RM2,000 oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerima kunjungan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali di Seksyen 7, di sini, pagi tadi.
Kunjungan Mohamed Azmin sebagai tanda sokongan kepada pemilik gerai itu, Siti Hajjar Ahmad, 24, yang gigih menjalankan perniagaan bagi menampung kehidupan selepas tamat belajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam jurusan Kejuruteraan Elektronik.
Mohamed Azmin turut menyerahkan Borang Permohonan Lesen Penjaja MBSA sebagai langkah permulaan kepada anak muda itu dan beberapa peniaga lain di lokasi sama untuk menjalankan perniagaan secara sah dan menasihatkannya mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Kerajaan Negeri sentiasa menghargai orang ramai yang berusaha mengubah nasib mereka dan mempertingkatkan pendapatan menerusi inisiatif keusahawanan.
“Saya menyerahkan Borang Permohonan Lesen Menjaja MBSA kepada beliau agar perniagaannya menepati prosedur dan peraturan keselamatan.
“Langkah ini selaras dengan dasar kerajaan mengecualikan bayaran fi lesen perniagaan penjaja kecil,” katanya menerusi laman Facebook.
Dalam perkembangan lain, Mohamed Azmin mewakili Kerajaan Negeri menyeru penjaja di tepi jalan memohon lesen sebelum menjalankan perniagaan.
Hal itu bagi memastikan faktor kesihatan, keselamatan dan kebajikan penjaja terpelihara.
-nR-
loading...
Related Posts :
PM Kanada Larang Trump Masuk Ke Negaranya Sampai Minta Maaf Kepada Umat IslamPerdana Menteri Kanada Justin Trudeau meminta Kementeriannya untuk melarang masuk calon kandidat presiden dari Partai Republik.Donald Trump,… Read More...
Nikah isteri Kedua Tanpa Izin, Isteri Pertama Bertindak Memotong Kemaluan SuamiApi cemburu memang terkadang bisa berubah menjadi perilaku sadis jika emosi sudah tak tertahankan, seperti kejadian dalam kisah nyata ini: K… Read More...
Ketahui Hak Anda, Servis Percuma 10 Kali Selepas Pembelian Motor BaruBagi sesiapa yang membeli motor baru, kebiasaannya kita akan mendapat khidmat servis percuma.Sebenarnya, khidmat servis percuma tu memang ha… Read More...
Ikat bayi & kanak kanak di taska bangi,3 wanita dijerat 10 Tahun penjaraSeorang pemilik taska bersama dua pekerja didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas tuduhan menganiaya seorang bayi serta dua kana… Read More...
Cara Nak saman Majikan Anda Bila Korang DI Pecat Secara Tidak AdilBaru-baru ini Malaysia telah dihebohkan dengan berita pasal enam buah syarikat yang memecat kakitangan mereka yang bermain Pokemon Go masa w… Read More...
0 Response to "MB Selangor Temui ‘gadis nasi lemak’ beri sokongan"
Post a Comment