5 Benda Yang Kena Delete Dulu Bila Storage iPhone Dah Penuh

loading...


Pengguna iPhone akan memiliki iPhone dengan kapasiti 16GB, 32GB dan 64GB. Kalau ambil yang besar mungkin lebih daripada cukup buat korang. Tapi kalau setakat 16GB mungkin banyak kali nak kena delete photos lah apps lah sebab tak cukup. 

Jadi, apa nak kena delete dulu kalau storage korang dah penuh? Nak delete gambar macam sayang kan. Nak delete app tak guna, bila delete nak guna pula. Tapi tak apa, kami bagi tahu korang apa nak kena delete dulu okay?



1. Gambar

Maaf, tapi benda first kena delete adalah gambar selfie korang yang buat memory penuh tu. Hahaha. Pengguna iOS 9 senang sebab segala gambar selfie atau screenshots dah ada folder sendiri kan? Pergi je kat folder tu then delete je semua. Kalau gambar yang korang post kt Instagram dia autosave kat folder boleh disable pergi ke Options icon (gear) kat Instagram app, scroll down dan off "Save Original Photos."


2. Delete ‘Recently Deleted’

Dah delete semua gambar tadi pergi ke folder Recently Deleted dan delete semua gambar yang ada dalam tu.





3. Delete video iMovie

Kalau korang jenis yang suka buat video guna iMovie, itu pun salah satu sebab yang buat memory korang penuh. Kalau dah guna video tu atau dah transfer ke laptop delete je supaya benda lain boleh disimpan dalam iPhone korang okay?



4. Delete Music Files

Sekarang ni dah jarang orang save lagu dalam phone sebab dah ada online streaming macam Apple Music dan Spotify. Jadi, delete je lagu-lagu yang entah bila-bila korang nak dengar tu.


5. Pilih
Email

Ada orang sampai 3, 4 email dia ada. Lepastu semua nak sync. Apa kata pilih satu je email yang korang selalu guna. Yang lain boleh delete atau buka bila perlu je.

Lepas ni takyah risau dah kalau iPhone tu asyik pop up je yang storage full tu. 
loading...

0 Response to "5 Benda Yang Kena Delete Dulu Bila Storage iPhone Dah Penuh"

Post a Comment