Alternatif Pelaburan Emas 1gm Sebulan Pelaburan Patuh Syariah - For Beginners

loading...

Ramai yang bertanya:
Bagaimana cara jika nak menyimpan emas, sebagai salah satu cara tabungan dan pelaburan untuk mengelakkan inflasi, dengan sekadar 1gm sebulan, yang berasaskan Syariah?

Posting ini bukan ingin iklan, tapi sebagai alternatif kepada yang bertanya. Untuk mengelakkan daripada terjebak dalam risiko belian emas secara tidak patuh Syariah, atau pelaburan emas scam. Perlu jelas di sini, tidak ada pelaburan emas yang menjanjikan profit. Kerana harga emas naik turun bergantung kepada pasaran emas dan nilai mata wang.

Terdapat dua cara utama iaitu:

1. Beli fizikal emas secara spot.
Dicadangkan beli emas secara COD (cash on delivery) dengan penjual gold bar emas, seperti Public Gold, Poh Kong, dan lain-lain (banyak lagi jenis gold bar di pasaran) emas 1gm. Insitusi perbankan Islam yang menjual gold bar ialah Bank Muamalat tetapi dalam bentuk 5gm yang paling minimum. Emas-emas ini perlu disimpan sendiri. Setakat ini, emas-emas jongkong yang ada pengiktiraf LBMA dikecualikan daripada GST. Jika ingin tunaikan, maka anda kena pandai cari market sendiri untuk jual dengan harga yang baik (mengelakkan kerugian spread).
Tidak digalakkan beli secara Pos kerana risiko kehilangan dan jika tak kena cara, risiko riba nasi'ah berlaku.

2. Akaun Pelaburan Emas.
Selain itu, ada Kuwait Finance House ada menawarkan akaun pelaburan berasaskan emas 100% patuh Syariah dan sangat memudahkan, dan dengan harga yang rendah (emas 995, LBMA). Untuk belian pertama semasa membuka akaun disyaratkan minumum 10 gram, dan belian seterusnya 1gm. KFH menawarkan pilihan untuk mengambil emas fizikal, atau disimpan di bank menggunakan kontrak qard. Apa yang menarik, belian boleh dibuat secara online melalui perbankan Internet (antara 9.30 hingga 4.30 ptg sahaja), jualan dan belian dikreditkan ke dalam akaun simpanan. Jadi anda boleh menyimpan 1gm sebulan seperti yang diinginkan. al-Rajhi Bank ada menawarkan akaun pelaburan berasaskan emas patuh Syariah, tapi jumlah belian minimum 5gm.

Antara perkara yang perlu dielakkan:
+ Beli emas tak dapat emas
+ Beli emas, dapat emas, tapi perlu serah semula kepada penjual untuk dapat keuntungan bulanan
+ Pelaburan emas yang menawarkan keuntungan
+ Pelaburan scam yang terdapat dalam senarai peringatan BNM
+ Kena jadi ahli dengan bayaran yang mahal, baru dapat harga ahli dan harga ahli pula tidaklah murah berbanding yang lain di pasaran
+ Beli emas tanpa LBMA kerana ada GST 6%


loading...

0 Response to "Alternatif Pelaburan Emas 1gm Sebulan Pelaburan Patuh Syariah - For Beginners "

Post a Comment