Akaun 2 KWSP 'Terkunci Terus' Di Bawah Skim Baru PRIMA. - Pembeli Tidak Boleh Keluarkan Duit Sehingga Pinjaman Rumah Selesai.



Skim pinjaman perumahan baharu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2017 akan memberi kesan terhadap kapasiti pengeluaran jangka panjang pembeli daripada akaun Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Shahril Ridza Ridzuan berkata skim itu dibuka untuk pembeli rumah kali pertama dan bagi pembelian rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) berharga RM300,000 ke bawah, lapor TheSun hari ini.


“Kami sedang memuktamadkan skim itu yang akan bermula 1 Januari depan.
“Namun, yang mahu mengambil skim itu perlu memastikan mereka tahu yang dengan mengambil pinjaman jangka panjang itu untuk membeli rumah, mereka tidak boleh mengeluarkan wang daripada Akaun 2 untuk kegunaan jangka pendek,” katanya.

Shahril berkata ini kerana di bawah skim itu, 4 bank yang menyertainya – Maybank, CIMB, RHB dan AmBank akan meluluskan permohonan jumlah pinjaman berdasarkan kepada pendapatan masa depan yang akan masuk ke Akaun 2 KWSP peminjam.
Katanya, langkah untuk “ring-fence” akaun KWSP peminjam juga untuk memberi lebih jaminan kepada bank supaya mereka boleh memberikan had pinjaman lebih tinggi kepada pemohon.

Maka, mereka yang memilih kemudahan itu tidak akan dapat membuat pengeluaran pra persaraan lain di bawah Akaun 2, termasuk untuk perubatan, pendidikan, umur 50 dan bagi menunaikan haji, sehingga pinjaman PR1MA itu diselesaikan sepenuhnya.
Beliau berkata keadaan itu mungkin jadi rumit jika peminjam tidak membayar pinjaman rumah berkenaan.

“Bank termasuk menutup rumah itu terlebih dulu. Bagi Akaun 2, bila kita kata ‘ring fence’, ia bukan caj kepada Akaun 2 untuk memaksa ahli mengeluarkan wang mereka.
“Tetapi ahli akan pasti menggunakan wang itu untuk mengelak bankrap,” katanya dipetk daripada TheSun.

Katanya, jika peminjam ada masalah tunggakan bayaran semula pinjaman itu, wang dalam Akaun 2 akan digunakan akhirnya meskipun ia tidak boleh digunakan sehingga pinjaman berkenaan dijelaskan.

Shahril juga menafikan ada rancangan untuk meluaskan skim pembiayaan hampir sama untuk skim perumahan mampu milik Selangor, iaitu Rumah Selangorku.
“PR1MA ialah skim perumahan di seluruh negara. Saya rasa cukup untuk kita penuhi pasaran itu saja,” katanya kepada TheSun.

0 Response to "Akaun 2 KWSP 'Terkunci Terus' Di Bawah Skim Baru PRIMA. - Pembeli Tidak Boleh Keluarkan Duit Sehingga Pinjaman Rumah Selesai."

Post a Comment