Menangis 'Mat Cangkul' Apabila Didenda RM5,000 Setiap Seorang Atau Penjara



DUA lelaki (kiri dan tiga dari kiri) yang menyerang kakitangan SAJ Holdings dalam kejadian di Kampung Melayu di Kulai dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kulai.

KULAI: Dua beradik didenda RM5,000 setiap seorang oleh Mahkamah Masjitret, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyerang dan menyebabkan kecederaan ke atas dua pekerja SAJ Holdings Sdn Bhd (SAJ), Selasa lalu. 


Youzairy Yaccob, 36 dan adiknya Mohd Youzaimeer Yaacob, 29, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Masjitret Ahmad Farid Ahmad Kamal. Kedua-dua tertuduh masing-masing turut berdepan hukuman penjara 11 bulan dan lapan bulan jika gagal membayar denda berkenaan. 

Mengikut pertuduhan pertama, Youzairy didakwa menyerang seorang lelaki, Muhammad Khairuzzaman Yaakub, 30 mengunakan cangkul. Bagi kesalahan itu, bapa kepada dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 351 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 351 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya. 

Berdasarkan pertuduhan kedua, tertuduh turut didakwa menyebabkan kecederaan ke atas Muhammad Asyraf Abdul Ghani, 20, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya. Mohd Youzameer pula berdepan pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Muhammad Asyraf, menggunakan senjata iaitu topi keledar yang mungkin menyebabkan kematian. 


Bagi kesalahan itu, tertuduh yang tidak mempunyai pekerjaan didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan. 


Mereka turut berdepan pertuduhan bersama iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan keatas Muhammad Khairuzzaman, mengikut Sekayen 323 Kanun Keseksaan. Semua kesalahan dilakukan di hadapan rumah ibu bapa mereka di Kampung Melayu Kulai, di sini pada 18 Oktober lalu, kira-kira jam 11.45 pagi. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Farhana Adham, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Haniza Yazed.

0 Response to "Menangis 'Mat Cangkul' Apabila Didenda RM5,000 Setiap Seorang Atau Penjara"

Post a Comment