Pakai Seperti Pahlawan Melayu Sebenarnya Mabuk - Khalid Samad Sound PAS.


Perang mulut tercetus antara PAS dan Parti Amanah Negara (Amanah) semakin menjadi-jadi nampaknya.

Semalam, Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz menuduh DAP 'memberi arak' kepada sesetengah bekas ahli PAS sehingga tertubuhnya Parti Amanah Negara (AMANAH).



‎Anggota Parlimen Pasir Mas itu berkata, DAP sebenarnya sombong sehingga mereka tidak sedar kesombongan sendiri.


Bagaimanapun, pengarah komunikasi Amanah, Khalid Samad mendakwa para pemimpin PAS sebenarnya yang mabuk, sambil menggunakan aspek pemakaian baju pahlawan Melayu sebagai buktinya.

‘Satu petanda seseorang yang mabuk ialah beliau rasa hidup dalam zaman yang berbeza.’

"Kita hidup di abad ke-21 tetapi anda datang ke majlis rasmi memakai baju pahlawan Melayu dari kurun ke-14. Orang seperti ini yang sebenarnya mabuk," kata ahli parlimen Shah Alam kepada wartawan.


Semasa Muktamar Pemuda PAS di Kelantan baru-baru ini, tercetus suatu kelainan dari segi pemakaian apabila pemimpin kanannya tampil dengan pakaian seperti pahlawan Melayu.

Ketuanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang sebelum ini selalu tampil berkopiah kali ini nyata berbeza dengan bertanjak dan menyelit keris di pinggang.


Malah, sebaik tiba di lokasi muktamar di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu, pemimpin parti Islam itu disambut dengan paluan rebana ubi iaitu muzik tradisional Kelantan.

Selain itu, alunan muzik wayang kulit turut mengiringi acara yang berlangsung di dalam dewan muktamar di samping persembahan bacaan al-Quran dan deklamasi sajak.

Malah, gimik pelancaran muktamar itu juga dilakukan dengan paluan empat buah gong‎.

‎Keadaan ini berbeza dengan sebelumnya apabila pemimpin PAS lebih selesa dengan imej biasa mereka berkopiah putih, berserban dan berjubah.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Ketua Pemuda Muhammad Khalil Abdul Hadi turut berpakaian sedemikian.

Ini muktamar pertama PAS selepas meninggalkan gabungan dengan PKR dan DAP dan membentuk blok baru dengan parti kecil Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN). -Mkini.

0 Response to "Pakai Seperti Pahlawan Melayu Sebenarnya Mabuk - Khalid Samad Sound PAS."

Post a Comment